Sunday, January 29, 2012

sekadar berkongsi.. :)

ILMU YG SGT2 BAGUS UTK DIKONGSI PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. Kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan Mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih Empat perkara merosakkan Mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. Bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan Bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ......... Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam... Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US: 'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .. Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebag ain y a. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia mel ain kan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.' * Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang l ain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tuesday, January 24, 2012

ceciter...

Salam... rindu btol ngan blog satu keluarga ni.. da lame bebenor rase nye x update blog ni.. huhu.. minx maaf la.. semua admin sibok ngan study sampai lupe nak post benda bru... :) kesempatan ni admin nak ucap slamat taun bru 2012 walaupon da lewat sikit... huhuhu.. dan slamat nyambut taun bru cina kpd semua bangsa cine d malaysia.. insyaallah slepas ni admin akan cube sentiase meng 'update' kan blog ni... kalo ad free time... :P dan sebagai permulaan taun ni admin ad post benda bru... harap2 ad la yg sudi bce... da bce 2 renung2 kan la kate2 yg admin da post 2 ye.. sampai sini jela lu kalo ad jodoh insyaallah admin akan muncul lg... Salam...

pikir2 kan... :)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah...

Friday, August 26, 2011

SANTAPAN ROHANI

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sunday, July 3, 2011

Sekadar Renungan ^_^

“Hidup ini sukar untuk diduga..
kadang-kadang kita rasa kita dekat dengan seseorang..
namun sebenarnya kita jauh..
walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia,
belum tentu kita dapat selami hatinya..
…mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa..
tapi kita tidak pernah tahu apa makna sebalik senyumannya..
bila si dia menangis,kita ingat kehadiran kita dapat menenangkannya..
walhal kehadiran kita hanya menambah hiba..
rencah dunia..
kita takkan tahu siapa kawan dan siapa lawan..
sampailah suatu ketika bila kita tersungkur..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau menambahkan bebanan..”

Lagu Coretan Kami..